Laman Utama

Untitled Document

Masjid Peringgit adalah salah sebuah masid yang tertua di Negeri Melaka. Sehubungan dengan itu pemuliharaan dan pengekalan senibina asal bangunan masjid ini amat dibanggakan dan ianya juga merupakan salah satu produk pelancongan di Melaka.

Selain pengekalan bangunan ini, tapak tanah wakaf berhampiran adalah tapak yang telah bersemadinya masyarakat setempat sejak lama dan sebahagian besar pemiliknya tidak dapat dikenalpasti termasuk pewaris mereka. Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) melalui saranan pihak Berkuasa Negeri telah melaksanakan kerja-kerja mendaftar dan merekod jumlah penghuni yang disemadikan di tanah wakaf ini bagi tujuan sebagai rujukan kepada pewaris dan juga orangramai.

Pendaftaran akan dilaksanakan dengan lebih sistematik dan mudah diakses oleh orang awam. Tapak tanah wakaf ini telah dijadikan sebagai projek perintis dan sekiranya sistem ini bersesuaian ianya akan diteruskan ke lokasi tanah wakaf yang lain di bawah pengelolaan pihak Jabatan Agam Islam Negeri Melaka.